Menu
2 Hati, Satu Jiwa PlotLana dan Lina sentiasa mempunyai perbezaan di dalam mereka. Namun begitu, mereka masih mampu hidup bersama sebagai kawan baik terhadap diri masing-masing. Mereka sentiasa dilindungi daripada elemen-elemen luaran sosial yang lain oleh ibu bapa mereka. Sejak kecil, mereka tidak pernah dihantar ke sekolah awam. Sehinggalah pada suatu hari, ibubapa mereka menyedari akan keperluan untuk mendedahkan mereka kepada dunia luar agar mereka tidak akan bergantung kepada ibubapa mereka lagi. Peluang untuk mereka belajar berdikari bermula apabila mereka masuk ke alam universiti. Membenarkan mereka untuk memilih kepentingan dan kesukaan masing-masing, contohnya daripada kursus mata pelajaran, kawan-kawan dan gaya hidup masing-masing. Mereka telah menjadi kembar yang berlainan kontras individualitinya tetapi berkongsi conjoined body yang sama. Buat pertama kalinya di dalam hidup mereka, perasaan benci sesama mereka telah muncul. Hanya pembedahan yang mampu menjadi penyelesaian terhadap konflik ini. Filem ini mempersembahkan plot-plot penceritaan yang menarik tentang cabaran-cabaran yang terpaksa dilalui oleh Lana dan Lina di dalam mengharungi zaman universiti mereka yang telah membuatkan mereka tidak lagi berkesefahaman yang berakhir dengan pembedahan.[1]
Menu
2 Hati, Satu Jiwa PlotBerkaitan
2 2024 di Malaysia 2024 dalam bola sepak Malaysia 2019 di Malaysia 2014 di Malaysia 2020 di Malaysia 2023 di Malaysia 2008 di Malaysia 2012 di Malaysia 2009 di MalaysiaRujukan
WikiPedia: 2 Hati, Satu Jiwa http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday... http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=2_H...